Surcaj Kad Tanpa Izin

Peniaga tidak dibenarkan mengenakan surcaj atau menetapkan jumlah pembelian minimum terhadap pembayaran kad debit atau kad kredit. Larangan surcaj dipantau dan dikuatkuasakan oleh bank yang menyediakan kemudahana e-pembayaran kepada peniaga.



Cara Membuat Aduan

Anda boleh membuat aduan kepada pemeroleh peniaga yang menyediakan kemudahan penerimaan kad pembayaran kepada peruncit atau secara alternatif kepada pengeluar kad pembayaran anda.

graphic_1

Maklumat Yang Diperlukan (Sila rujuk gambar di bawah)

item_1

Butiran peribadi anda (contoh nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon)

item_2

Nama penuh dan alamat peniaga

item_3

Nama pemeroleh peniaga- institusi yang menyediakan terminal pembayaran

item_4

Bukti yang menunjukkan peniaga mengenakan surcaj atau jumlah pembelian minimum

Cara Menghantar Aduan

Hantarkan aduan kepada bank pengeluar kad pembayaran anda atau pemeroleh peniaga yang menyediakan kemudahan kad pembayaran kepada peruncit.

Untuk sebarang aduan, hubungi bank atau pemeroleh peniaga masing-masing melalui laman web, talian khidmat pelanggan atau di cawangan terdekat.

Pastikan anda mempunyai maklumat yang diperlukan seperti yang dinyatakan di atas.


Sila ambil perhatian dengan langkah-langkah berikut:

  1. Aduan yang dibuat akan memudahkan pemeroleh peniaga untuk ambil tindakan yang diperlukan bagi memastikan peniaga tidak mengenakan surcaj atau jumlah pembelian minimum pada transaksi kad pembayaran.
  2. Pengadu juga tidak dijamin akan menerima bayaran balik untuk sebarang surcaj yang dibayar kepada peniaga.
  3. Dinasihatkan supaya pelanggan yang tidak mahu membayar surcaj atau mematuhi jumlah pembelian minimum yang dikenakan oleh peniaga untuk membeli barangan dan perkhidmatan daripada peniaga lain yang tidak mengenakan surcaj atau jumlah pembelian minimum.