Polisi Privasi

MDF dalam Dasar Privasi ini merujuk kepada Dana Pembangunan Pasaran yang diwakili oleh 21 buah institusi kewangan di Malaysia dan di sini dirujuk sebagai “Kumpulan”.

Dasar Privasi ini menggariskan cara Kumpulan mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat peribadi anda yang dikongsi dan komitmen daripada Kumpulan untuk memastikan maklumat peribadi anda diselenggara dengan baik dan dilindungi daripada sebarang salah guna.


Maklumat yang Dikumpulkan:

Kumpulan ialah pemilik tunggal maklumat yang dikumpulkan di www.paywithdebit.com.my. Tiada maklumat peribadi dikumpulkan semasa semak imbas laman web ini kecuali untuk maklumat yang diberikan oleh anda dalam sebarang bentuk komunikasi. Kumpulan hanya akan mempunyai akses untuk memperoleh maklumat yang diberikan oleh anda secara sukarela. Kumpulan akan memastikan maklumat ini diselenggara dengan baik dan tidak akan dikongsi dengan mana-mana organisasi pihak ketiga kecuali untuk mana-mana maklumat peribadi yang kami diminta oleh anda untuk didedahkan bagi tujuan memenuhi permintaan anda.


Pautan ke laman web lain:

Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web paywithdebit. Laman web ini mengandungi pautan yang akan menghalakan anda ke laman web lain. Sila maklum bahawa Kumpulan tidak akan bertanggungjawab atas dasar privasi/amalan laman web ini. Kami amat mengesyorkan agar anda berhati-hati dan membaca dasar privasi laman web ini yang mengumpulkan maklumat peribadi anda.


Dasar Pindaan:

Sebarang pindaan terhadap dasar privasi akan dikemas kini pada halaman ini. Anda akan dimaklumkan dengan jenis maklumat yang dikumpulkan dan kegunaan maklumat ini.


Penafian:

Dengan mengakses laman web ini, anda bersetuju dengan terma dan syarat Dasar Privasi dan Penafian ini.

Laman web paywithdebit mengandungi maklumat yang dikumpulkan oleh Kumpulan yang diberikan kepada anda untuk tujuan rujukan sahaja dan tidak membentuk nasihat profesional tentang sebarang isu tertentu. Di samping Kumpulan berusaha untuk memastikan maklumat laman web ini tepat, tiada jaminan yang nyata diberikan tentang kelengkapan, ketepatan atau kekinian maklumat yang diberikan. Maklumat ini boleh dikemas kini, ditukar atau diubah suai dari semasa ke semasa.

Pengguna hendaklah mengambil tindakan secara bebas untuk mengesahkan maklumat yang tersedia sebelum bergantung pada maklumat tersebut.

Dalam apa jua keadaan, Kumpulan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan apa saja, termasuk tanpa had, kerosakan khas, secara tidak langsung atau berturutan, atau menyimpan dan mengecualikan kerosakan untuk kehilangan penggunaan, kehilangan data, kehilangan hasil atau untung yang timbul daripada atau berkaitan dengan laman web paywithdebit atau maklumat yang terkandung dalam laman web tersebut disebabkan kecuaian Kumpulan.

Anda hanya boleh mencetak atau memuat turun kandungan laman web ini untuk kegunaan peribadi sendiri dan bukan komersial. Sebaliknya, anda tidak dibenarkan menyalin, menyiar, memuat turun, menyimpan (dalam apa jua medium), memindah, menyesuai atau menukar dalam apa jua cara kandungan laman web ini tanpa keizinan bertulis daripada Kumpulan terlebih dahulu. Pengubahsuaian yang tidak sah terhadap sebarang maklumat pada laman web ini boleh mengakibatkan pendakwaan jenayah.

Laman web ini mengandungi pautan hiperteks ke laman web yang dibuat dan diselenggara oleh organisasi lain. Pautan ini diberikan kepada anda sebagai kemudahan sahaja. Kumpulan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan pada mana-mana laman web tersebut dan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan apa saja yang timbul daripada penggunaan atau pergantungan kepada sebarang maklumat tersebut oleh pengguna yang memautkan ke laman web ini.

Privasi anda penting bagi kami dan jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui Facebook (https://www.facebook.com/PayWithDebit)